Jumaat, 26 Mei 2017

BEKAM KEPALA BAGUS UNTUK MASALAH MIGRAIN

Dari Salma,seorang pelayan Rasulullah SAW bercerita:

"Tidak seorang pun mengadukan rasa sakit di kepalanya kepada Rasulullah melainkan baginda berkata 
"Berbekamlah".



Di sini kami melakukan rawatan bekam kepala dengan kaedah cukur rambut, rambut akan di cukur hanya pada point yang nak di bekam sahaja. Ianya lebih efectif berbanding bekam kepala menggunakan mesin tanpa cukur. Dan ianya adalah sebenar-benar kaedah bekam yang betul dan tepat.



BEKAM METODE PENCEGAHAN DAN PENYEMBUHAN PENYAKIT MENGIKUT SUNNAH NABI SAW

PERINTAHKAN UMAT KAMU AGAR BERBEKAM, WAHAI MUHAMMAD!...

Berubatlah wahai hamba-hamba Allah swt, sesungguhnya Allah swt tidak menciptakan satu penyakit, kecuali menciptakan ubat baginya...diketahui oleh yang mengetahuinya dan tidak diketahui oleh yang tidak mengetahuinya.”

Malik telah meriwayatkan dalam Al-Muwaththo, Kitabu Al-Jami’
Jika ada ubat yang boleh mencapai penyakit, maka bekam pun boleh mencapainya.”

Diriwayatkan oleh Tirmizi pula, dari IbnuAbbas r.a yang berkata Nabi صلى الله عليه وسلم bersabda
Sebaik-baik hamba adalah jurubekam, ia membuang darah,melembutkan yang keras dan mencerahkan pandangan.”

JURUBEKAM MUSLIMAH SETAPAK JAYA (BEKAM WANITA)
PA DESA REJANG, TAMAN SRI RAMPAI
PUAN WANN 016-2212499

PANTANG LARANG SEBELUM & SELEPAS BERBEKAM

Seeloknya berpuasa atau 2@3 jam sebelum bekam jangan makan makanan yang terlalu mengeyangkan bagi memudahkan proses pengeluaran darah kotor.

Selepas berbekam hendaklah berehat dan jangan buat kerja-kerja berat. 

Di galakkan mandi air panas selepas berbekam.

Jangan makan makanan laut untuk 3-4 hari bagi mengelakkan rasa gatal pada tempat bekam tadi.

WAKTU YANG BAGUS UNTUK BERBEKAM

"Berbekam pada pagi hari sebelum makan adalah yang terbaik,di dalamnya terdapat penyembuhan dan berkat,serta menambah kekuatan akal dan hafalan.”


Dari Abu Hurairah yang berkata,Rasulullah SAW bersabda"Barangsiapa berbekam pada tanggal 17, 19 dan 21 maka itu akan menyembuhkan semua penyakit.”
(tarikh tersebut adalah mengikut kalendar islam)

Namun jika ada sesuatu keperluan pengubatan diperlukan, maka boleh saja di lakukan meskipun di awal bulan mahupun di akhir bulan.

HARI YANG BAGUS UNTUK BERBEKAM

Mengenai hari-hari dalam seminggu adalah digalakkan berbekam pada hari Khamis bagi mendapat berkat dari Allah سبحانه و تعالى Berbekamlah pada hari Isnin dan Selasa,kerana itu merupakan hari di mana Nabi Ayyub disembuhkan dari penyakit dan bala. Hindari berbekam pada hari Rabu kerana sesungguhnya penyakit kusta dan belang mula muncul pada malam Rabu dan hari Rabu.
Ada riwayat yang dibawakan oleh Ibnu Majah dalam Sunannya 3478, dari Nafidari Ibnu Umar r.a yang berkata : Wahai Nafi’, berbekamlah dengan berkat dari Allah سبحانه و تعالى pada hari Khamis, berusahalah menghindari berbekam pada hari Rabu,Jumaat dan Sabtu. Berbekamlah pada hari Isnin dan Selasa kerana itu merupakan hari di mana Ayyub disembuhkan dari bala dan Allah سبحانه و تعالى menimpakan bala kepadanya pada hari Rabu, kerana sesungguhnya penyakit kusta dan belang mula muncul selalu pada hari Rabu atau malam Rabu.”

PUAN CHE WANN 
016-221 2499
THIBBUN NABAWI CENTRE
PERUMAHAN AWAM DESA REJANG,
KEDAI NO. G-00-07,
PERSIARAN REJANG,
53300 SETAPAK JAYA KL.
BUKA SETIAP HARI : 10pg-6ptg
RABU - TUTUP/CUTI

BEKAM SEMASA PUASA

HUKUM BERBEKAM SEMASA PUASA
Ulama berselisih pendapat berkenaan dengan hukum berbekam semasa puasa , adakah membatalkan puasanya atau tidak. Ada dua pendapat berkenaan masalah ini: PENDAPAT PERTAMA: Berbekam tidak membatalkan puasa.
Ini pendapat mazhab Syafie , Maliki dan Hanafi.
DALIL PENDAPAT INI:-  Hadis dari Ibnu Abbas:
أن النبي صلى الله عليه وسلم، احتجم وهو محرم، واحتجم وهو صائم
Sesungguhnya Nabi saw berbekam semasa memakai ihram dan Nabi saw berbekam semasa puasa.” 
Hadis sahih Bukhari.
Pendapat yg lebih kuat ialah BEKAM tidak membatalkan puasa dan hanya makruh sekiranya melemahkan tubuh.

Untuk bulan Ramadhan ini, rawatan bekam hanya beroperasi jam 2 petang hingga 6 petang sahaja. 
Sila buat temujanji sehari lebih awal.
Untuk temujanji rawatan sila whatsapp Nama anda, tarikh dan waktu hantar ke 016-2212499.