Rabu, 14 November 2018

TARIKH AFDHAL BERBEKAM DATANG LAGI

Alhamdulillah syukur kepada Allah yang masih mengurniakan nikmat sihat dan masih bernafas di bumiNya ini... sekarang kita berada di bulan Rabiulawal di mana bulan kelahiran Nabi SAW, maka sama-samalah kita ambil keberkatan di bulan mulia ini untuk mengamalkan salah satu sunnah Baginda dalam menjaga kesihatan dengan perawatan bekam. Bekam adalah satu cara pengubatan yang di sukai dan di galakkan oleh Rasulullah SAW untuk umat Islam. Tujuan bekam adalah untuk mengeluarkan darah yang mengandungi toksid yang berbahaya dari badan melalui permukaan kulit.  Sabda Rasulullah SAW : "Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT". 


Tarikh afdhal pada bulan November ini jatuh pada  

25 November (17 rabiulawal) hari Ahad 
27 November (19 rabiulawal) hari Selasa 
29 November (21 rabiulawal) hari Khamis 

Sila set temujanji anda lebih awal , boleh wasap terus ke 016-2212499 

Ahad, 26 Ogos 2018

BEKAM MAMPU MENYEMBUHKAN RACUN DAN SIHIR

BEKAM MENYEMBUHKAN RACUN DAN SIHIR
Dari ka`b bin malik bahawa ada seorang perempuan yahudi menghadiahkan seekor kambing bakar kepada Nabi SAW di Khaibar.Baginda pun bertanya "apakah ini ?" ..Wanita itu menjawab "hadiah". Wanita itu berhati-hati jangan sampai menyatakannya sedekah, sehingga baginda tidak mahu memakannya sama sekali. Tidak lama kemudian, Nabi SAW makan dan para sahabat pun makan. Tiba-tiba baginda bersabda "hentikan", kemudian baginda bertanya kepada wanita itu.."apakah kamu telah meracuni kambing ini ? wanita itu menjawab "ya"..baginda bertanya "mengapa ?" wanita itu menjawab "aku ingin sekiranya kamu pendusta, orang-orang akan segera boleh berehat dari kedustaan kamu, tetapi jika kamu seorang Nabi, maka itu tidak akan berbahaya bagi kamu. Maka Nabi SAW pun berbekam pada kawasan tengkuk dengan 3 bekaman serta memerintahkan para sahabat supaya berbekam. Maka mereka pun berbekam...
Ibnul Qoyyim berkata "ketika Nabi SAW berbekam, baginda berbekam di tengkuk yang merupakan tempat terdekat dengan jantung yang boleh dibekam"
Saya katakan"demikianlah, juru bekam menjadi sebahagian prajurit Penaklukan Khaibar. Panglima memanggilnya untuk membekam dirinya dan para sahabatnya kerana pengaruh racun pada kambing yang telah mengenai mereka". Nabi SAW segera mengarah kepada sumber bahaya, iaitu darah dan mengeluarkannya dengan bekam. Tidak dapat dinafikan bahawa mungkin sebelum itu mereka berusaha memuntahkan isi perut mereka dulu, sekalipun tindakan itu tidak disebut dalam kisah hadis. Tetapi langkah paling utama adalah menangani orang yang keracunan dengan berbekam, berbeza dari tindakan yang diambil para doktor sekarang yang hanya melakukan pencucian perut, tetapi tidak memakai kaedah bekam.
Pengunaan bekam pada sebahagian tubuh yang terkena kesan-kesan negatif sihir merupakan salah satu bentuk pengubatan paling efektif jika dilakukan berdasarkan aturan semestinya...Jika sihir itu terjadi melalui makanan dan minuman, ada yang dilakukan dengan bantuan tindakan jin yang merasuk badan dan mengalir pada tubuh manusia di aliran darah. Jika sihir yang terjadi melalui masuknya jin kedalam badan seseorang, lantas jin itu mengalir di dalam darahnya sehingga mencapai kepala dan menciptakan halusinasi serta isyarat-isyarat otak, maka bekam yang merupakan tindakan mengeluarkan darah dari jalan alirannya di bahagian kepala di mana jin memberikan pengaruh padanya. Adakah selain bekam yang lebih efektif mengatasi sihir? Kecuali dengan penggunaan Al-Quranul Karim yang dengannya jin tidak boleh bertahan lama. Alangkah baiknya apabila dua cara penyembuhan digabungkan, iaitu Al-Quran dan bekam.


TANDA-TANDA ANDA MENGALAMI GANGGUAN 

TANDA SEMASA JAGA
1- Masak nasi, lauk pauk, cepat basi. Misalan, masak pagi, petang dah basi.
2- Tiba-tiba bau busuk atau wangi di rumah dan terus hilang. Berlaku beberapa kali.
3- Nampak kelibat orang lalu di sebelah kiri, kanan atau depan.
4- Perasan ada orang di belakang tetapi bila tengok, takde orang.
5- Kerap bunyi goli di atas dinding rumah.
6- Kerap bunyi kerusi tarik-tarik di atas dinding rumah.
7- Barang-barang electronic di rumah cepat rosak. (contohnya TV, radio, peti ais, computer..etc..)
8- Duit asyik hilang di rumah tanpa sebab.
9- Ahli keluarga rumah cepat marah-marah @ emosional
10- Tak suka duduk rumah. Rasa serabut sangat-sangat. Lebih suka dan tenang di luar rumah.
11- Selalu bergaduh di antara satu sama lain di rumah.
12- Dengar orang yang dikenali (misalan: mak, bapak, adik, abang, suami isteri…dll) panggil tapi tengok takde orang.
13- Tanda-tanda lebam di peha kaki @ mana2 anggota badan apabila bangun pagi.
14- Perubahan watak (personaliti) berlaku kpd seseorang. (Misalan, dahulu dia seorang yg ceria dan periang tapi sekarang suka menyendiri.)
15- Suka tengok cermin lama-lama @ barang-barang lama yang melampau.
16- Suka tengok bulan mengambang di tingkap.
17- Suka tengok pokok-pokok di luar tingkap rumah pada waktu malam.
18- Suami isteri makin susah nak bertemu dan duduk berbicara, susah nak bersatu. Timbul syak-wasangka yang bukan2
19- Kemesraan suami isteri makin jauh berkurangan tanpa sebab munasabah
20- Kedai / Business dahulu selalu ramai orang kunjungi tetapi sekarang berkurangan dengan teruk.
21- Terjumpa pasir, air atau benda2 pelik yang berada di depan pintu masuk rumah / kedai secara tiba-tiba.
22- Sakit kepala, sesak nafas, sakit macam-macam tetapi apabila pergi jumpa doktor, doktor kata takde apa2, normal.
23- Bila x-ray, terjumpa macam2 benda2 yang mustahil masuk dalam badan seperti staples, paku, paper clip dan sebagainya.
24- Ibadah makin berkurangan, makin malas
25- Rasa Malas melampau, mengantok luar biasa, Lemah semangat terutama menjelang maghrib
26- Rasa tidak senang / menguap bila dengar bacaan ayat-ayat Quran, Azan @ zikir-zikir
27- Menyukai/menyintai/merindui kaum sejenis (Gay, Lesbian, Homoseks, Penkid dll)
28- Hilang nafsu pada pasangan, tetapi nafsu kemuncak bila melihat orang lain yang bukan pasangan anda. Nafsu kemuncak pada orang yang diharamkan anda nikahi
29- Rasa teringin mengadakan hubungan seks dgn pasangan melalui saluran2 yang tidak diizinkan Agama seperti Dubur & nafsu menjadi kemuncak pada waktu2 yang diharamkan bersetubuh seperti waktu Haid
30- Suka makan dengan tangan kiri & merasa benci makan dengan tangan kanan
31- Gatal yang melampau pada bahagian alat sulit, celah peha, dalam kulit, sendi2 @ mana2 anggota terutama waktu senja
32- Tak boleh tengok darah @ senjata2 tajam
33- Mudah stress walau pada masalah yang kecil, mudah berdebar2 dan mudah terkejut
34- Sakit dalam perut @ gastrik melampau, migrain/sakit kepala yang melampau, sakit yang boleh berubah-ubah tempat
35- Sakit Melampau pada bahagian belakang/pinggang, sendi2 @ mana2 anggota badan walaupun anda dah berulang kali berjumpa doktor @ mengurut
36- Naluri kemuncak untuk membunuh diri @ membunuh seseorang
37- Suka makan makanan yang mentah2, masih berdarah & sukakan makanan basi
38- Kacip gigi geraham semasa tidur

TANDA2 SEMASA TIDUR
1- Mimpi ular, lipan @ binatang2 berbisa
2- Mimpi Darah
3- Mimpi Jatuh dari tempat tinggi @ terawang-awangan di udara
4- Sukar tidur walaupun anda sudah cukup tidur sebelum ini
5- Mimpi melihat orang2 pelik / aneh
6- Mimpi berada di kawasan tanah perkuburan @ lokasi2 aneh
7- Mimpi anak kecil bermain2 dengan anda, menyusu @ sentiasa bersama anda
8- Kerap bermimpi bersetubuh dengan seseorang yang dikenali @ tidak
9- Kerap bermimpi berjumpa dengan arwah ibu, ayah, datuk @ ahli keluarga yang lama/baru meninggal dunia
10- Mimpi bunuh diri
11- Mimpi Binatang2 Hitam seperti anjing, kucing, harimau DLL
12- Sering ditindih & rasa sesak nafas semasa tidur @ Orang melihat kita gelisah semasa tidur, menangis @ ketawa tiba2..

Sumber: Amjad Al Fathoni

BEKAM MAMPU RAWAT JERAWAT

 Antara masalah kulit yang paling tidak disukai oleh wanita adalah jerawat. Apabila kulit muka ditumbuhi jerawat boleh membuatkan wanita rasa tidak selesa dan keyakinan diri menurun. Jerawat bukan sahaja tumbuh pada wajah tapi ada yang kena’serang’ di tubuh. Maka solusi bagi masalah jerawat ni boleh di lakukan rawatan bekam darah bagi membuang toksid2 yang mendap di bawah permukaan kulit. Hasilnya jerawat akan cepat kecut dan kering. Untuk bekam jerawat ini maharnya RM50 termasuk ubat homeopati anti jerawat.

Untuk temujanji sila hubungi Pn Che Wann di no 016-2212499.

Ahad, 6 Mei 2018

PROMOSI PEMBUKAAN DI DESA REJANG



Dapatkan rawatan bekam, gurah resdung dan terapi katil ceragem dengan harga promosi 50% diskaun sehingga 14 June 2018... Sila buat temujanji sebelum datang untuk mengelakkan kesesakan dan terpaksa menunggu lama untuk giliran.. boleh hubungi Puan Wann di 016-2212499 




Alamat kedai di no. G-00-07, Blok G PPR Desa Rejang, Setapak Jaya Kuala Lumpur.
Beroperasi dari jam 10.00 pagi hingga 6.00 petang dan 8.00 malam hingga 10.00 malam setiap hari.



Jumaat, 26 Mei 2017

BEKAM KEPALA BAGUS UNTUK MASALAH MIGRAIN

Dari Salma,seorang pelayan Rasulullah SAW bercerita:

"Tidak seorang pun mengadukan rasa sakit di kepalanya kepada Rasulullah melainkan baginda berkata 
"Berbekamlah".



Di sini kami melakukan rawatan bekam kepala dengan kaedah cukur rambut, rambut akan di cukur hanya pada point yang nak di bekam sahaja. Ianya lebih efectif berbanding bekam kepala menggunakan mesin tanpa cukur. Dan ianya adalah sebenar-benar kaedah bekam yang betul dan tepat.



BEKAM METODE PENCEGAHAN DAN PENYEMBUHAN PENYAKIT MENGIKUT SUNNAH NABI SAW

PERINTAHKAN UMAT KAMU AGAR BERBEKAM, WAHAI MUHAMMAD!...

Berubatlah wahai hamba-hamba Allah swt, sesungguhnya Allah swt tidak menciptakan satu penyakit, kecuali menciptakan ubat baginya...diketahui oleh yang mengetahuinya dan tidak diketahui oleh yang tidak mengetahuinya.”

Malik telah meriwayatkan dalam Al-Muwaththo, Kitabu Al-Jami’
Jika ada ubat yang boleh mencapai penyakit, maka bekam pun boleh mencapainya.”

Diriwayatkan oleh Tirmizi pula, dari IbnuAbbas r.a yang berkata Nabi صلى الله عليه وسلم bersabda
Sebaik-baik hamba adalah jurubekam, ia membuang darah,melembutkan yang keras dan mencerahkan pandangan.”

JURUBEKAM MUSLIMAH SETAPAK JAYA (BEKAM WANITA)
PA DESA REJANG, TAMAN SRI RAMPAI
PUAN WANN 016-2212499

PANTANG LARANG SEBELUM & SELEPAS BERBEKAM

Seeloknya berpuasa atau 2@3 jam sebelum bekam jangan makan makanan yang terlalu mengeyangkan bagi memudahkan proses pengeluaran darah kotor.

Selepas berbekam hendaklah berehat dan jangan buat kerja-kerja berat. 

Di galakkan mandi air panas selepas berbekam.

Jangan makan makanan laut untuk 3-4 hari bagi mengelakkan rasa gatal pada tempat bekam tadi.